JellyPages.com




CARA PEMBUATAN BBM JAM DINDING

1) Pertama sekali untuk membuat bbm ni,kita memerlukan polistrine,kertas warna,marker,gam,gunting,pisau cutter, pembaris,lidi dan pensel.



Polistrin

Gam UHU


Gunting



Pisau Cutter


Kertas Warna


Pensil


Marker

Pembaris



Lidi Sate

2) Lukis bentuk bulat pada polistrin dengan menggunakan marker

3) Balutkan bentuk bulat yang telah siap dipotong dengan menggunakan kertas warna,dan gamkan kertas warna di atas permukaan bulat tersebut dengan menggunakan gam UHU.

4) Seterusnya buat nombor untuk diletakkan pada muka jam dengan menggunakan polistrin. Lukis bentuk nombor pada polistrin dan potong ikut bentuk nombor menggunakan piasau cutter.

5) Warnakan nombor yang telah siap dibentuk mengikut warna yang diingini.

6) Kemudian lekatkan nombor pada muka jam dengan menggunakan gam UHU.

7) Akhir sekali ialah langkah untuk membuat anak panah sebagai jarum jam,guna polistrin juga, iaitu dengan melukis bentuk anak panah panah pada polistrin dan potong menggunakan pisau cutter.

8) Letakkan anak panah yang telah siap pada muka jam dengan menggunakan jarum peniti,hal ini bagi memudahkan anak panah berfungsi sebagai jarum jam untuk menunjukkan nombor mengikut masa yang dikehendaki.

9) Hiaskan jam mengikut kreativiti dan cita rasa anda. 

10) Terbentuklah jam buatan sendiri untuk digunakan sebagai bahan bantu mengajar.

Gambar Jam yang telah siap..





SELAMAT MENCUBA....

:)























No comments:

Post a Comment